SAUDAH BINTI ZAM’AH R.HA.
“Dinda hanya ingin dibangkitkan sebagai isterimu…”
Saudah binti Zam’ah,
beliaulah insan yang menemani Rasulullah SAW di kamar selepas pemergian
kekasih Baginda, Khadijah al-Khuwailid. Meskipun kedudukan dan
ketinggian Khadijah di hati Nabi tak mampu ditandingi oleh sesiapapun,
namun Saudah ternyata bertuah kerana menjadi salah seorang wanita
pilihan Allah SWT untuk meneguk langsung cinta Nabi.
Beliau
digambarkan seorang wanita yang tua, uzur dan gemuk ketika menjadi
isteri Nabi. Namun, seunggul, sejelita dan seindah manapun wanita pada
zaman ini tetap tak akan mampu menandingi walau secebis kemuliaan Saudah
sebagai isteri Nabi. Bukankah jelas pernikahan Rasulullah ini kerana
kepentingan agama, bukannya nafsu?!
Mari Berkenalan
Saudah binti Zam’ah bin Qais bin Abdu Syams
bin Abdud berasal daripada suku Quraisy al-Amiriyah. Puteri kepada
wanita bernama Syumush binti Qais bin Zaid bin Amr daripada Bani Najjar.
Pernah bersuamikan Sakran bin Amr, saudara Suhail bin Amr al-Amiri.
Golongan Paling Awal Menyahut Panggilan Fitrah
Ajaran Islam
yang cocok dengan kesucian fitrah, kemuliaan akhlak dan kebersihan hati
tidak teragak-agak untuk diterima oleh mereka yang memiliki kualiti hati
yang istimewa. Golongan yang awal memeluk Islam dimuliakan Allah dengan
gelaran as-saabiquunal awwalun. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“orang-orang
yang awal (masuk Islam) di antara Muhajirin dan Ansar dan orang-orang
yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda dengan mereka dan
merekapun reda kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga
yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Mereka kekal di dalamnya
selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.” (At-Taubah: 100).
Salah
seorang daripada mereka ialah suami Saudah, Sakran bin Amr. Iman yang
meresapi segenap jiwanya terasa indah. Beliau lantas memimpin isteri
tercinta, Saudah binti Zam’ah untuk sama-sama hidup di bawah kemuliaan
tauhid.
Menyaksikan Suami Disiksa
Pengaruh Islam semakin tersebar di Makkah. Ajaran
Muhamad semakin berkesan di hati. Mengamuklah orang-orang kafir
Quraisy. Golongan miskin dan lemah diseret dan disiksa tanpa belas
kasihan.
Mengalir
air mata Saudah tatkala melihat suaminya Sakran disentap, dipukul dan
dibiarkan kelaparan dan kehausan. Namun begitu, imannya tidak goyah. Dia
tetap teguh ingin bersama agama Muhammad SAW.
Seperit
mana kesedihan Saudah, perit lagi kesedihan Rasulullah SAW tatkala
melihat umat yang dicintai menerima penyiksaan sezalim itu. Ketika itu
baginda dilindungi oleh pengaruh bapa saudaranya, Abu Talib dan
isterinya yang bangsawan, Khadijah. Islam yang masih dalam fasa
kelemahan ketika itu tidak memampukan baginda untuk bangkit membela
mereka yang teraniaya.
Rasulullah
SAW akhirnya menyuruh sahabat-sahabat yang teraniaya agar berpindah ke
Habsyah dan minta perlindungan daripada Raja Najasyi sehinggalah Allah
membebaskan mereka semua daripada penderitaan ini. Saudah dan suaminya
menyahut Sarranan ini. Mereka berlindung di Habsyah dan meniti hari yang
tenang di bawah naungan iman.
Setenang
manapun berada di tempat orang, tetap tak seindah berada di tanah air
sendiri, tanah kelahiran seorang Nabi. Begitulah yang dirasakan oleh
orang-orang Islam di Habsyah. Mereka kembali ke Makkah pada saat dakwah
Islam masih hebat ditentang.
Penderitaan
Saudah tak tertanggung lagi apabila suaminya dipanggil pulang menemui
Ilahi. Sakran meninggal dunia di Makkah. Saudah memujuk diri bahawa
kasih sayang Allah lebih besar berbanding kasih sayang suami
terhadapnya. Wujudkah pengganti yang lebih baik untuk menempati tempat
Sakran di hati? Saudah bingung sendiri.
Dilamar Lelaki Terbaik di Dunia
Saudah masih
berendam air mata kerana ditinggalkan suami. Rasulullah SAW ketika itu
juga dalam kesedihan kerana ditinggalkan isteri, Khadijah al-Khuwailid.
Saudah mengetahui tingginya kedudukan Khadijah buat Nabi di dunia dan di
akhirat.
Setelah
pemergian Khadijah, tiada sahabat yang berani mencalonkan sesiapa untuk
Rasulullah kerana mereka percaya tiada wanita sebaik Khadijah yang
layak menemani Nabi. Hadirlah seorang sahabat wanita bernama Khaulah
binti Hakim untuk menyenangkan hati Nabi dengan berbicara soal
pernikahan.
Berkata Khaulah binti Hakim bin Al-Auqash, isteri Uthman bin Mazh’un,
“Wahai Rasulullah, tak nak kahwin lagi ke?”
Rasulullah bertanya semula,
“Dengan siapa?”
“Terpulanglah. Ada gadis dan ada janda,” jawab Khaulah.
“Jika gadis, siapa orangnya?” Tanya Rasulullah.
“Puteri
orang yang paling engkau cintai, Aisyah binti Abu Bakr,” jawab Khaulah.
Rasulullah teringat akan mimpi-mimpinya yang dibawa oleh Jibril tentang
gadis di balik selendang sutera iaitu Aisyah. Namun, Aisyah masih lagi
seorang anak kecil ketika itu. Apapun, Aisyahlah gadis pertama yang
hadir dalam impian Rasulullah selepas kewafatan Khadijah kerana
diilhamkan sendiri oleh Allah SWT. Tidak hairanlah cinta baginda kepada
Aisyah amat menebal. Yang pertama selalunya istimewa! Apatah lagi jika
yang pertama itu beragama.
“Jika janda, siapa orangnya?” Tanya Rasulullah lagi.
“Saudah
binti Zam’ah. Dia telah beriman kepadamu dan mengikut ajaran agamamu,”
jawab Khaulah. Rasulullah dapat menyelami betapa deritanya Saudah
dikelilingi tekanan yang menyesakkan iman dan diuji pula dengan kematian
suami. Rasulullah sangat simpati kepadanya. Ada keserasian dalam bentuk
ujian, masing-masing ditinggalkan pendamping tercinta.
“Kalau
begitu, pergilah dan sampaikan pinanganku kepada mereka berdua,” kata
Rasulullah SAW. (Al-Haitsami berkata dalam kitab Majma’uz Zawaaid, no.
15285, “Hadis ini diriwayatkan oleh At-Thabrani. Para perawinya adalah
perawi kitab As-Sahih, kecuali Muhammad bin Amr bin Alqamah. Ia
dinyatakan hasanul hadis.”)
Dalam
riwayat Ahmad, dinyatakan bahawa Khaulah segera menemui Saudah dan
ayahnya, Zam’ah. Ketika itu, Zam’ah sudah lanjut usia dan tidak dapat
lagi menunaikan haji. Khaulah berkias,
“Kebaikan dan kebahagian seperti apakah ini yang telah Allah anugerahkan kepada kalian?”
Saudah berkerut kehairanan,
“Apa maksudmu?” Tanya Saudah.
Khaulah lantas menyampaikan berita gembira,
“Rasulullah SAW mengirimku untuk menemuimu dan menyampaikan lamarannya kepadamu.”
Hati
Saudah berbunga-bunga lantas tumpahlah air mata keharuan. Tidak pernah
terbayang baginya untuk mendapat kemuliaan sedemikian rupa. Ketika
usianya sudah agak lanjut dan mempunyai susuk badan yang gemuk dan tidak
menarik, masih ada yang sudi menyuntingnya. Apatah lagi lelaki itu
ialah lelaki paling agung di muka bumi. Sudah tentu lelaki bernama
Muhammad bin Abdullah jauh lebih mulia berbanding Sakran.
Saudah
lantas menerima walaupun sedar Rasulullah melamarnya semata-mata atas
dasar kasihan. Setelah menerima restu ayah, datanglah Rasulullah kepada
Saudah, melangsungkan akad nikah dengan mahar berjumlah 400 dirham.
(Rujuk Majma’uz Zawaid, no. 15786).
Cara Saudah Mengikat Hati Suami Terhadapnya
Saudah menjadi
wanita pertama yang dinikahi oleh Rasulullah SAW setelah kewafatan
Khadijah. Beliau menjadi satu-satunya isteri yang menemani hidup Nabi
selama tiga tahun sebelum hadirnya Aisyah. Di saat kita pada hari ini
berangan-angan ingin bermimpikan Rasulullah, Saudah dapat tidur di sisi
Nabi dan berbincang-bincang dengannya. Bukankah Saudah sangat bertuah?
Meskipun
Saudah sedar siapalah dirinya berbanding Khadijah namun beliau sentiasa
berusaha keras menjadi isteri yang terbaik buat Nabi. Beliau
menceritakan saat-saat getir menghadapi tekanan-tekanan kaum musyrikin
sehingga memancing simpati Nabi terhadapnya.
Beliau
juga menceritakan hari-hari yang dilalui oleh puteri baginda Ruqayyah
bersama suaminya, Utsman bin Affan selama tinggal di Habsyah. Ketika itu
Ruqayyah dan Ustman masih menetap di Habsyah dan Rasulullah amat rindu
kepada mereka. Saudah sedar Rasulullah amat senang mendengar berita
tentang puterinya yang tersayang membuatkan Saudah rajin bercerita
tentangnya.
Hijrah Kedua
Kekejaman
musyrikin di Madinah memaksa orang-orang Islam berhijrah ke Madinah
dengan izin Allah SWT. Setelah sebahagian besar sahabat berhijrah ke
Madinah, Rasulullah menyusul hijrah mereka. Kemudian baginda mengutuskan
Zaid bersama pelayannya, Abu Rafi’ untuk menjemput wanita-wanita
kesayangan Nabi ikut berhijrah. Bersama dua ekor unta dan wang 500
dirham, mereka menjemput Fatimah, Ummu Kulthum, Saudah binti Zam’ah,
Ummu Aiman dan Usamah bin Zaid. (At-Tabaqaat, Ibnu Saad, vol.1, hlm.
237-238).
Saudah
menetap di Madinah bersama Nabi SAW. Beliau reda apabila tak lama
kemudian Rasulullah membina rumah tangga dengan Aisyah r.ha. Beliau
tahu ianya kehendak Allah untuk kebaikan umat Islam sejagat. Aisyah
menyukai Saudah sehingga terdapat banyak kisah menarik antara mereka
berdua.
Mengutamakan Aisyah Demi Merebut Simpati Nabi
Saudah sedar,
psikologi Aisyah yang masih muda sudah tentu lebih memerlukan cinta dan
kasih suami. Saudah juga tahu Aisyah adalah isteri yang paling dicintai
Nabi setelah Khadijah. Demi menyenangkan hati Nabi, beliau dengan
setulus hati sanggup menghadiahkan hari gilirannya kepada Aisyah.
Lagipun beliau sudah semakin tua dan uzur.
Rasulullah
SAW pernah berniat menceraikan Saudah kerana berlaku adil amatlah
payah. Perlukan kerja keras. Namun Saudah takut tidak terpilih menjadi
isteri Nabi di akhirat maka beliaupun merayu,
“Biarkan
dinda terus menjadi isterimu. Demi Allah! Dinda tidak akan menuntut
sebagaimana isteri-isterimu yang lain. Namun dinda ingin dibangkitkan
Allah menjadi isterimu kelak di hari kiamat.”
Saudah menawarkan lagi bagi menyenangkan hati Rasulullah,
Saudah menawarkan lagi bagi menyenangkan hati Rasulullah,
“Wahai Rasulullah, dinda hendak memberikan hari giliran dinda kepada Aisyah.”
Rasulullah lantas menerimanya.
Rasulullah lantas menerimanya.
Aisyah menyanjungi Saudah. Beliau berkata,
“Aku tidak pernah menemui seorang wanita yang lebih kusukai jika diriku menjadi sepertinya selain Saudah binti Zam’ah. Seorang wanita yang kekuatan jiwanya luar biasa.”
“Aku tidak pernah menemui seorang wanita yang lebih kusukai jika diriku menjadi sepertinya selain Saudah binti Zam’ah. Seorang wanita yang kekuatan jiwanya luar biasa.”
Malah,
Aisyah begitu cemburu dengan kesegeraan Saudah dalam melakukan kebaikan
dan ketaatan kepada Allah. Malah Saudah sentiasa berusaha menunjukkan
ketaatannya kepada Allah dan Rasulullah. Selain itu, Saudah sangat
dermawan dan murah hati.
Kenangan Terindah
Pertanyaan
Saudah kepada Rasulullah SAW pada suatu hari pernah mendapat jawapan
daripada tujuh petala langit. Ia berkenaan tentang isteri Rasulullah
ingin keluar rumah selama ada keperluan. Hal ini meninggalkan kenangan
terindah buatnya. Masakan tidak, Allah menurunkan wahyu untuk
merungkaikan masalah yang sama hingga hari kiamat.
Aisyah
r.a menuturkan, “Saudah binti Zam’ah pernah keluar rumah pada malam
hari. Umar melihatnya dan segera mengenalnya, maka ia berkata, “Demi
Allah! Kau pasti Saudah. Kami sudah mengenalmu.” Saudah merasa tidak
sedap hati sehingga dia segera menemui Rasulullah SAW yang saat itu
sedang makan malam di rumahku dan tangannya sedang memegang tulang yang
nyaris habis dagingnya. Tidak lama kemudian, Allah menurunkan wahyu yang
membenarkan tindakan Saudah. Rasulullah SAW berkata, “Allah telah
mengizinkan kalian keluar rumah selama ada keperluan.” (Muttafaqun
Alaih).
Alhamdulillah, dengan keringanan ini, maka kita semua para wanita dapat keluar rumah dengan adanya keperluan seperti berkerjaya, menuntut ilmu, membeli keperluan rumah dan sebagainya.
Alhamdulillah, dengan keringanan ini, maka kita semua para wanita dapat keluar rumah dengan adanya keperluan seperti berkerjaya, menuntut ilmu, membeli keperluan rumah dan sebagainya.
Di akhir masa pemerintahan Umar RA, bonda kita Saudah menutup mata untuk selamanya.
No comments:
Post a Comment