Secebis Kisah
Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan
seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut
telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan
mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.
Si
isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan
bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri
yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan
sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.
Rumah
tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri
meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna,
disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan
kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah.
Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh
meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana
kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.
Namun
demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah
berkata: " semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan
ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."
Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu
Si
suami meneruskan kata-katanya: " Demi Allah yang tiada AIlah yang
berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang
paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam
pertamaku bersama isteriku itu.
Maha Suci Allah Ta'ala,
sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia
sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan
sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna.
Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang
dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat
sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);
"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."[1]
Tatkala
akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan
tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya
redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu,
sehingga tenang dan puas hatiku..
Ketahuilah sekalian,
sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak
dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan
kegembiraan yang ku rasakan ini.
Maka barang siapa yang
telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian
isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah
tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku
redho kepadanya.. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan
keredhoan-Nya. "
semoga habibi, Nik Farhan, redho kepada ayang..
ReplyDeleteIndahnya menjadi yang halal buatmu, habibi.